Domain MaLaysia

Soalan dan Jawapan

Apakah itu Dot ML?

Dot ML ialah domain peringkat tinggi yang terbaru di Malaysia. Domain ini moden, terbuka dan percuma. Dengan kejelasan identiti Malaysia, .ML ialah pilihan yang paling tepat untuk semua perniagaan dan pengguna internet di Malaysia. Tiada sekatan ke atas pendaftaran dan semua domain ditawarkan berasaskan kepada konsep "siapa cepat, dia dapat." Paling Menarik: Dot ML adalah PERCUMA!

Adakah domain ini benar-benar percuma?

Ya! Domain Dot ML adalah benar-benar Percuma. Domain ini berfungsi sama seperti domain .com atau .my.

Adakah terdapat apa-apa iklan di laman web saya nanti?

Tidak. Kami tidak akan memaparkan iklan di laman web anda.

Adakah saya perlu membayar untuk membaharui domain saya?

Tidak. Pembaharuan adalah percuma, dan anda boleh membaharui berulang kali tanpa had.

Satu e-mel peringatan akan dihantar secara automatik apabila tarikh tamat tempoh semakin menghampiri. Anda hanya boleh membaharui Domain Percuma dalam tempoh 14 hari terakhir sebelum tamat tempoh. Sebuah domain yang tidak diperbaharui akan tamat tempoh. Domain yang tamat tempohnya boleh didapati untuk pendaftaran semula.

Adakah saya boleh mempercayai .ML? Apakah tahap keselamatannya?

Domain .ML disokong oleh Freenom, syarikat domain yang kedua terbesar di dunia. Freenom mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman domain dan lebih daripada 30 juta domain aktif di bawah pengurusannya. Freenom mengendalikan infrastruktur siar jiran lewah global, yang menjamin ketersediaan dan prestasi domain .ML anda.

Bagaimana saya boleh menggunakan domain .ML saya?

Anda boleh menggunakan domain .ML anda seperti mana-mana domain yang lain: kami menyediakan perkhidmatan penghalaan semula (URL Ke Depan), DNS percuma (tempat anda boleh memasukkan A, CNAME, MX dan jenis rekod lain anda) atau anda boleh menggunakan DNS tersendiri (Pelayan Nama).

Apakah jenis kandungan yang dibenarkan di Domain Percuma?

Domain Percuma mesti mematuhi dengan Dot ML Polisi Kandungan, bagi mengelakkan siber liar dan penyalahgunaan. Oleh itu, Domain Percuma tanpa kandungan atau digunakan untuk spam, penipuan, dan kandungan yang tidak dibenarkan boleh dihapuskan. Kandungan yang tidak dibenarkan termasuk tapak yang mengandungi bahan orang dewasa, perjudian, perkauman atau berkaitan dengan dadah.

Nama domain boleh juga dibeli dengan harga tahunan kira-kira RM 30. Domain terbayar boleh didaftarkan untuk satu tempoh yang lebih lama daripada setahun, boleh dipindahkan kepada pendaftar lain dan dilesenkan kepada pembeli tersebut. Polisi Kandungan Dot ML tidak terpakai ke atas Domain Terbayar. Domain Percuma boleh dinaik taraf kepada Domain Terbayar di bahagian Domain My Dot ML.

Bagaimana anda menjana wang dengan Domain Percuma?

Selepas Domain Percuma tamat tempohnya, kadangkala domain ini masih menerima pengunjung. Pengunjung ini biasanya dapat melihat mesej ralat yang menyatakan "domain ini tidak wujud". Sebaliknya, Freenom mengubah hala pengunjung ke sebuah halaman pengiklanan, lalu menjana pendapatan.

Ini bermakna bahawa kita hanya menjana wang selepas sebuah domain tamat tempohnya. Bukan semua domain tamat tempohnya lalu majoriti Domain Percuma tidak akan menghasilkan sebarang pendapatan.

Domain yang saya pilih tidak boleh didapati secara percuma, tetapi merupakan sebuah

Beberapa nama yang mempunyai nilai yang tinggi (atau nama premium) seperti nama singkat dan perkataan kamus yang biasa ialah "Domain Khas" dan tidak boleh didaftarkan secara percuma. Domain ini hanya boleh dibeli.

Apakah perbezaan antara Domain Percuma dan Domain Terbayar?

Semua domain yang bukan Domain Khas boleh didaftarkan sebagai domain Percuma atau Terbayar. Domain Terbayar menawarkan faedah tambahan, seperti yang ditunjukkan dalam gambaran keseluruhan di bawah:

Domain Percuma Domain Terbayar
URL Ke Depan, DNS Percuma, DNS Langganan URL Ke Depan, DNS Percuma, DNS Langganan
Mesti mematuhi Polisi Kandungan Tiada Polisi Kandungan
Mesti membaharui minimum sekali setahun Boleh dibeli sehingga 10 tahun
Tidak boleh dipindahkan Boleh dipindahkan secara percuma
Tiada capaian WHOIS Capaian penuh WHOIS

Bagaimana saya boleh menjadi seorang Pendaftar atau Penjual?

Untuk menjadi seorang Penjual, anda hanya perlu mendaftar dan memasukkan deposit minimum sebanyak RM 30 ke dalam akaun anda. Anda menerima RM 30 kredit untuk dibelanjakan ke atas domain Terbayar dan Khas, jadi rancangan penjual itu sendiri adalah percuma.

Sebagai seorang penjual, anda akan menerima diskaun ke atas semua Domain Terbayar dan Khas, dan mendapatkan capaian kepada API Dot ML dan Modul.

Bagaimana saya boleh mendapatkan capaian kepada API?

Bagaimana saya boleh mendapatkan capaian kepada API? Dot ML API has more details.

Kami juga menyediakan Modul WHMCS, yang sedia untuk dimuat turun di My Dot ML.

Adakah anda juga menyediakan perkhidmatan pengehosan?

Tidak. Buat masa ini kami tidak menyediakan perkhidmatan pengehosan.

Apakah yang boleh saya lakukan jika orang lain menggunakan domain yang saya mahu?

Domain ditawarkan berasaskan kepada konsep "siapa cepat, dia dapat." Jadi, tidak mungkin anda boleh mengambil domain yang telah didaftarkan oleh orang lain. Jika anda terfikir sebuah domain melanggar tanda dagangan anda atau digunakan bagi tujuan penyalahgunaan, anda boleh Melaporkan Penyalahgunaan.

Bolehkah saya membuat nama saya muncul dalam WHOIS sebuah Domain Percuma?

Tidak. Semua Domain Percuma menjadi hak milik Pejabat Pendaftaran Dot ML dan nama Pejabat Pendaftaran muncul dalam WHOIS Domain Percuma. Jika anda mahu nama anda muncul dalam WHOIS, anda perlu menaik taraf kepada domain Terbayar dalam My Dot ML.

Bagaimana saya boleh memindahkan sesebuah domain kepada orang lain?

Domain Percuma tidak boleh dipindahkan dan perlu dinaik taraf kepada domain Terbayar sebelum pemindahan dapat dilakukan. Domain Terbayar boleh dipindahkan secara percuma.

Siapa di sebalik tabir Dot ML?

Dot ML ialah kerjasama antara Freenom, pembekal nama domain kedua terbesar di dunia, dan AGETIC dari Mali. Sila rujuk kepada Tentang Dot ML untuk maklumat lanjut.


Masih ada banyak soalan? Hubungi Kami.